Microsoft Office Powerpoint - GIF
19 November 2017 | Aktiviti TerkiniAktiviti yang dianjurkan untuk kelas kali ini akan memfokuskan kepada penggunaan slide yang ada dalam Microsoft Office Powerpoint. Cara bagaimana mahu menggunakan lebih daripada satu slide dengan meletakkan point sahaja.
Peserta juga diajar menggunakan teme atau latarbelakang yang lain daripada sedia ada iaitu menggunakan latar belakang sendiri yang dikehendaki didalam slide.
Peserta juga diajar cara menggunakan “tool” yang sedia ada dan boleh diguna pakai dan cara menggunakan dengan betul. Cara memasukkan gambar, dan cara sunting gambar dari dengan saiz yang dikehendaki oleh peserta.
Kelas yang telah dianjurkan untuk kali ini juga adalah pengenalan kepada microsoft powerpoint dan gif. Diawal kelas, peserta akan diberi pendedahan dan pengenalan kepada microsoft powerpoint dimana mereka akan diperkenalkan dan diajar setiap tools yang terdapat didalam microsoft powerpoint seterusnya mereka akan diperkenalkan pula kepada gif iaitu Graphic Interchange Format iaitu secara ringkasnya adalah gambar yang bergerak. Melalui kelas ini peserta perlu membuat biodata mereka didalam powerpoint dan dihiasi dengan gif. Penggunaan gif yang lebih mudah berbanding video, membuatkan peserta lebih tertarik dan mudah fokus akan kerja yang diberi. Pada masa yg sama, mereka dapat mengenali format gambar yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: